Total Pageviews

Thursday, April 4, 2013

Sahabat

Tajuk yang mungkin agak cliche bagi entry kali ini. mungkin tercetusnya idea ini saat aku sedang mebelek-belek gambar dalam laptop kebelakangan 4 tahun aku menghabiskan masa memperoleh ijazah. Iya ijazah yang sama bagi kebanyakkan manusia, tetapi mungkin tak sama nilainya.

Nilai? Nilai yang aku maksudkan adalah pengalaman, kebolehan dan sebagainya yang kadang-kadang sukar untuk diukur manusia lain bahkan diri aku sendiri. Sesuatu yang aku rasakan tak mungkin aku akan kecapi dan nikmati jika jalan hidup aku bukan seperti ini. Terlalu banyak sampai kadang-kadang aku rasa tak mahu dewasa. Lebih baik jika diri ini mampu lagi berfikir seperti anak kecil yang tiada beban dalam otaknya. Tidak seperti aku yang sudah dewasa ini.

Aku sendiri kadang-kadang seperti hilang diriku yang sebenar. Terlalu takut dengan dunia, sehingga kadang-kaadang perbuatan aku dikeji dan diherdik olehku sendiri. Persepsi dunia kadang kala menyebabkan aku tersungkur. Pelik. Hairan. Tapi itu aku. Sebahagian yang perlu aku pelajari untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mujur ada 'mereka' dan DIA. DIA, Allah yang sentiasa memberi aku hidayah dan petunjuk. menjadikan aku kuat dan redha dengan apa pun.

'Mereka' yang tak henti-henti datang dalam hidupku, memberi jaminan yang aku bukan keseorangan untuk hidup. Mereka rakan, sahabat yang tak hipokrit, memberitahu aku segala kelemahanku. Agar aku mampu bangun semula, tunduk seketika tika aku berada tinggi. Sahabatku.


2 comments: